Monday 26 November 2012

Puisi: Keabadian mu..SAYANG

Terlukis satu nama di kanvas hati ku,
Nama yang akan terus abadi,
Terpamer di galeri jiwa,
Tertonton hanya untuk ku sahaja.

Tertinta satu nama di lembaran sukma ku,
Nama yang akan terus berpahat,
Tercatat di sumber sukma.
Ternukil hanya untuk ku sahaja.

Terucap satu nama di bibir ku,
Nama yang akan terus terucap,
Terlafas di perdu rindu,
Tersisip hanya untuk ku sahaja.

Sayangku..nama mu hanya untuk ku,
Terlukis..tertinta..terucap..
Hanya nama mu sahaja..
Dalam hela setiap detik nafas ku...SAYANG




No comments:

Post a Comment