Wednesday 21 November 2012

Puisi: Diam mu Membunuh Rindu ku

Jika tangan mu masih kuat...
genggamilah tombak..
lalu kau rejam sahaja..
cinta ku pada mu...

Jika kaki mu masih tegap...
terajang setangkas mungkin..
tolak dan kilaslah..
kasih ku pada mu

Jika kau tergamak..
zalimilah dan bunuhlah..
semua rindu yang ada
yang ku simpan untuk mu..

Hingga saat ini..
aku menatap nanar ke segala penjuru..
tetapi..hanya rintik-rintik hujan..
ku cari wajah mu...ku seru nama mu..
begitu tega hati mu..
membiar sepi menjadi teman ku..

Aku mencintaimu..
Aku menyayangimu..
Aku mengasihimu..
Biar pun kau membunuh rinduku
Dengan diam mu......



2 comments:

  1. jom pautkan blog masing-masing. blog anda telah tersenarai di blog saya

    http://liriklagupuisi1.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Puisi apa ya yang harus akan kutulis untukmu

    ReplyDelete