Thursday 23 May 2013

Kemana Harus Aku Pergi?

kemana harus aku pergi?
apabila ku rasa kehilangan,
dan tidak mahu dijumpai...
apabila aku mendengar,
dan aku hanya melihat..
kedamaian sekeping hati ku,
yang sebenarnya tidak wujud...

kemana harus aku pergi?
apabila ku cuba ketawa,
tetapi sebenarnya hanya mampu berduka...
dan aku masih meneruskan hidupku,
kerna ku tidak bersedia pada satu kematian...

kemana harus aku pergi?
kerna suria tidak lagi ku rasa bersinar...
bolehkah kau berikan hidup ku...
yang ianya milik ku, bukan milik kamu...
bagaimana harus aku teruskan?
bagaimana harus ku berjuang?
aku penat diperolokkan,
namun aku masih berjuang menangkisnya...

kemana harus aku pergi?
tika kepala ku menunduk ke bumi...
berilah aku jawapannya kerna aku buntu,
kemana harus aku pergi?
adakah lama lagi?
untuk ku cari kedamaian dan tapak milik ku,
bantulah aku..aku perlu kekuatan mu...
aku gentar bersendirian,
bolehkah kau hulurkan tangan mu?

kemanakah harus aku pergi? kemana harus aku pergi? kemana harus aku pergi?
adakah kau tahu?