Monday, 26 November 2012

Puisi: Aku Dia Dan Pantai Itu..

Sayang..
Pabila langit membias warna,
Di dada lautan luas,
Ku lihat membiru kasihmu.
Sayang..
Tika aku jejaki bibir pantai,
Halus pasir ku pijak,
Ku rasa sehalus sayangmu.
Sayang..
Pabila bayu itu berhembus,
Mengulit lembut rerambut ini,
Ku rasa semanja cintamu.
Sayang..
Pabila sepi menghambat diriku,
Ku seakan terdengar,
Nyanyian ombak menemani ku,
Desirannya mengulit pantai,
Menjadikan aku resah merindui mu...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment