Saturday 15 December 2012

Puisi: Makna Cinta

CINTA
sepatah kata..punya beribu makna,
kepada insan yang memahami,
jua kepada insan yang menghargai,
tercetus di dasar hati,
sejak lahirnya insan ke muka bumi ini...

CINTA adalah harapan,
CINTA adalah keindahan,
CINTA adalah keazaman,
CINTA adalah hasrat,
CINTA adalah pelbagai nilai rasa..

Dengan CINTA, kita melihat dunia,
Dengan CINTA, kita mencipta impian,
Dengan CINTA, kita meraih angan,
Kita memerlukan CINTA,
Justeru kita jua tercipta kerana CINTA,
Demi pun, ALLAH mencipta dunia kerna CINTA.....



No comments:

Post a Comment