Thursday 13 December 2012

Puisi: Cinta ku Milik Mu

Aku mencintai mu,
bukan kerana kau seorang maharaja,
empunya benua serata dunia..
aku menyayangi mu,
bukan kerana kau seorang hartawan,
empunya segudang intan..
aku mencintai mu,
bukan kerana kau seorang penakluk,
empunya saujana jajahan..

Aku mengasihi mu,
lahir dari gerak hati dan raga ku,
kerana takdir Ilahi menuntun ku,
mungkin syurga menentukannya.
aku memerlukan mu sayang,
saat rindu ku menanar di nubari ini,
tika sepi menghambat rasa ini,
sehingga ke akhir nafas ini,
aku hanya ingin jadi milik mu...



No comments:

Post a Comment