kemana harus aku pergi?
apabila ku rasa kehilangan,
dan tidak mahu dijumpai...
apabila aku mendengar,
dan aku hanya melihat..
kedamaian sekeping hati ku,
yang sebenarnya tidak wujud...
kemana harus aku pergi?
apabila ku cuba ketawa,
tetapi sebenarnya hanya mampu berduka...
dan aku masih meneruskan hidupku,
kerna ku tidak bersedia pada satu kematian...
kemana harus aku pergi?
kerna suria tidak lagi ku rasa bersinar...
bolehkah kau berikan hidup ku...
yang ianya milik ku, bukan milik kamu...
bagaimana harus aku teruskan?
bagaimana harus ku berjuang?
aku penat diperolokkan,
namun aku masih berjuang menangkisnya...
kemana harus aku pergi?
tika kepala ku menunduk ke bumi...
berilah aku jawapannya kerna aku buntu,
kemana harus aku pergi?
adakah lama lagi?
untuk ku cari kedamaian dan tapak milik ku,
bantulah aku..aku perlu kekuatan mu...
aku gentar bersendirian,
bolehkah kau hulurkan tangan mu?
kemanakah harus aku pergi? kemana harus aku pergi? kemana harus aku pergi?
adakah kau tahu?
Alhamdulillah..Syukur kehadrat Ilahi..Aku masih bernafas lagi..dgn nadi dan jiwa pinjamanMU ya Allah..Berikan aku ketabahan..kurniakan aku ketabahan..Semuanya hanya pinjaman..keindahan hanyalah sementara..cuma CINTA padaMU sahaja yg kekal abadi..Aamin..ya Rabbulalamin...
Thursday, 23 May 2013
Monday, 22 April 2013
Tatkala Kehilangan mu..
alam ku rasa gelap,
bintang tidak lagi bercahaya,
rembulan menyembunyikan diri,
awan gelap berarak mendung,
sunyi menghuni rimba hati,
sepi menemani diri,
kalam menjadi kaku,
ternoktah di ayat terakhir,
tiada terlafas dari bibir,
membungkam diam,
membisu tanpa kata-kata,
tiada lagi irama merdu,
syahdu bagai dulu menusuk ke kalbu,
semuanya hilang dihembus sendu,
lenyap dialir titis-titis hiba,
batin menjerit berdendang hiba,
tertusuk jiwa belati kecewa,
pedih tersayat menjadi lara,
kabur pancaindera bergenang duka,
dunia bagai tiada erti,
tidak mungkin sanggup berdiri,
menanti bahagia hadir kembali,
apabila sayang dicemari,
putih kasih tidak lagi berseri,
senyum manis hanya menjadi memori..
bintang tidak lagi bercahaya,
rembulan menyembunyikan diri,
awan gelap berarak mendung,
sunyi menghuni rimba hati,
sepi menemani diri,
kalam menjadi kaku,
ternoktah di ayat terakhir,
tiada terlafas dari bibir,
membungkam diam,
membisu tanpa kata-kata,
tiada lagi irama merdu,
syahdu bagai dulu menusuk ke kalbu,
semuanya hilang dihembus sendu,
lenyap dialir titis-titis hiba,
batin menjerit berdendang hiba,
tertusuk jiwa belati kecewa,
pedih tersayat menjadi lara,
kabur pancaindera bergenang duka,
dunia bagai tiada erti,
tidak mungkin sanggup berdiri,
menanti bahagia hadir kembali,
apabila sayang dicemari,
putih kasih tidak lagi berseri,
senyum manis hanya menjadi memori..
Sunday, 7 April 2013
Perit Merindui mu
Rasa sayang itu..memerangkap ku,
Kau adalah kepingan rasa yang ku dambakan,
Pada saban saat dan waktu berdetik,
Jiwaku terisi rasa sayang pada mu,
Benir mataku masih terlihat memori itu,
Rasaku adakah seperti rasamu???
Suara rindu itu..meruntun naluri ku,
Kau adalah kidung rindu yang ku inginkan,
Pada luahan dan bicara setiap minit berlalu,
Masaku terluang mengenang dirimu,
Menemani detik sepi dan suramku,
Rinduku adakah seperti rindumu???
Biarlah perih ini ku jalani,
Mungkin tidak akan kau tahu,
Mungkin juga tidak kau pedulikan.
Biarlah pedih ini ku harungi,
Mungkin tidak dapat ku campakkan,
Mungkin juga tidak dapat ku benamkan.
Lalu..
Biarkanlah ku merindu dalam perit...
Kau adalah kepingan rasa yang ku dambakan,
Pada saban saat dan waktu berdetik,
Jiwaku terisi rasa sayang pada mu,
Benir mataku masih terlihat memori itu,
Rasaku adakah seperti rasamu???
Suara rindu itu..meruntun naluri ku,
Kau adalah kidung rindu yang ku inginkan,
Pada luahan dan bicara setiap minit berlalu,
Masaku terluang mengenang dirimu,
Menemani detik sepi dan suramku,
Rinduku adakah seperti rindumu???
Biarlah perih ini ku jalani,
Mungkin tidak akan kau tahu,
Mungkin juga tidak kau pedulikan.
Biarlah pedih ini ku harungi,
Mungkin tidak dapat ku campakkan,
Mungkin juga tidak dapat ku benamkan.
Lalu..
Biarkanlah ku merindu dalam perit...
Friday, 22 February 2013
Puisi: Syurga Dari Kasihmu..
Waktu kian berlari,
Minit berlalu deras,
Pantas membelah saat,
Menyantum jadi hari,
Umpama..
Kasih yang tidak pudar,
Cinta yang tidak kenal jemu,
Sayang yang tidak terhapus,
Selama...
Berminggu menyulam memori,
Indah berpaut dalam rasa,
Bahagia bersemi dalam jiwa,
Seia mengenggam janji,
Setia, taat dan tulus,
Hanya untukmu Sayangku...
Ku ingin menempah syurga Ilahi,
Walau mustahil ku gapai langit ke tujuh,
Ku tahu akan ada tempat diberi Ilahi,
MentaatiNya, Bertawakkal padaNya,
Bersama kesetiaan khidmat bakti padamu,
Syurga itu pasti ada untukku...
Minit berlalu deras,
Pantas membelah saat,
Menyantum jadi hari,
Umpama..
Kasih yang tidak pudar,
Cinta yang tidak kenal jemu,
Sayang yang tidak terhapus,
Selama...
Berminggu menyulam memori,
Indah berpaut dalam rasa,
Bahagia bersemi dalam jiwa,
Seia mengenggam janji,
Setia, taat dan tulus,
Hanya untukmu Sayangku...
Ku ingin menempah syurga Ilahi,
Walau mustahil ku gapai langit ke tujuh,
Ku tahu akan ada tempat diberi Ilahi,
MentaatiNya, Bertawakkal padaNya,
Bersama kesetiaan khidmat bakti padamu,
Syurga itu pasti ada untukku...
Friday, 18 January 2013
Puisi: Aku Perlukanmu..Sayang
Aku perlukanmu..
bukan kerna hartamu,
segunung intan tidak akan sama,
segunung rasa cinta padamu.
Aku perlukanmu..
bukan kerna pangkatmu,
setinggi kurniaan tidak akan sama,
setinggi rasa sayang padamu.
Aku perlukanmu..
bukan kerna rupa,
sesusuk perwira tidak akan sama,
sesusuk rasa murni padamu.
Aku perlukanmu..
bukan kerna haloba,
sedalam jiwa tidak akan sama,
sedalam rasa kasih padamu.
Aku perlukanmu..
bukan kerna sepi,
sederas sunyi mengalir tidak akan sama,
sederas rasa setia padamu.
Aku perlukanmu..
Sememangnya kau amat ku perlukan,
bukan kerna apa-apa,
ia hanyalah kerna,
aku cinta padamu...
bukan kerna hartamu,
segunung intan tidak akan sama,
segunung rasa cinta padamu.
Aku perlukanmu..
bukan kerna pangkatmu,
setinggi kurniaan tidak akan sama,
setinggi rasa sayang padamu.
Aku perlukanmu..
bukan kerna rupa,
sesusuk perwira tidak akan sama,
sesusuk rasa murni padamu.
Aku perlukanmu..
bukan kerna haloba,
sedalam jiwa tidak akan sama,
sedalam rasa kasih padamu.
Aku perlukanmu..
bukan kerna sepi,
sederas sunyi mengalir tidak akan sama,
sederas rasa setia padamu.
Aku perlukanmu..
Sememangnya kau amat ku perlukan,
bukan kerna apa-apa,
ia hanyalah kerna,
aku cinta padamu...
Friday, 4 January 2013
Puisi: Tidak Lenyap Cintaku Padamu..
Aku tidak janji..
Kehidupan yang damai..
Hari tanpa kepayahan..
Namun..aku berjanji..
Untuk menjadi pelindungmu..
Aku tidak janji..
Perhubungan yang aman..
Persahabatan tanpa selisih faham..
Namun..aku berjanji..
Untuk bersama mu meleraikan kekusutan itu..
Aku tidak janji..
Akan sentiasa bersamamu..
Saban waktu dan ketika..
Namun..aku berjanji..
Cintaku tidak akan membuatmu sepi..
Aku tidak janji..
Memberikan semua kemewahan..
Namun..aku berjanji..
Kau akan bangga dengan kasihku..
Kau akan bahagia dengan cintaku selamanya..
Dan..dengan sayangku yang teguh..
Aku berjanji tidak akan pernah...
Lenyapkan cintaku padamu.....
Kehidupan yang damai..
Hari tanpa kepayahan..
Namun..aku berjanji..
Untuk menjadi pelindungmu..
Aku tidak janji..
Perhubungan yang aman..
Persahabatan tanpa selisih faham..
Namun..aku berjanji..
Untuk bersama mu meleraikan kekusutan itu..
Aku tidak janji..
Akan sentiasa bersamamu..
Saban waktu dan ketika..
Namun..aku berjanji..
Cintaku tidak akan membuatmu sepi..
Aku tidak janji..
Memberikan semua kemewahan..
Namun..aku berjanji..
Kau akan bangga dengan kasihku..
Kau akan bahagia dengan cintaku selamanya..
Dan..dengan sayangku yang teguh..
Aku berjanji tidak akan pernah...
Lenyapkan cintaku padamu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)