Aku mencari...
di satu sudut wajahmu,
tanda-tanda keikhlasan,
jujur yang terpancar,
untuk memperkukuh rasa,
kasih yang tulus untukmu.
Aku merenung...
di satu susuk jasad,
gerak-gerak kebenaran,
riak yang membenamkan kepalsuan,
untuk menyakinkan hati,
kau sememangnya untuk ku.
Aku menyelam...
di satu lautan perasaan,
tinjau karang kesetiaan,
budi yang tersemat,
untuk menyahkan curiga,
cintaku untuk mu.
Aku mendakap...
di satu rasa rindu,
belai sayang mu,
usapan manja mu,
mengikat sayang kita berdua,
menjadi satu dengan izinNya.
Alhamdulillah..Syukur kehadrat Ilahi..Aku masih bernafas lagi..dgn nadi dan jiwa pinjamanMU ya Allah..Berikan aku ketabahan..kurniakan aku ketabahan..Semuanya hanya pinjaman..keindahan hanyalah sementara..cuma CINTA padaMU sahaja yg kekal abadi..Aamin..ya Rabbulalamin...
Saturday, 29 December 2012
Wednesday, 26 December 2012
Puisi: Terima Kasih ALLAH.....
Ya ALLAH...
aku berjanji,
perasaan kurniaanMu,
akan ku jaga,
akan ku didik,
pada jalan redhaMu.
Ya ALLAH...
aku berikrar,
kasih sayang kurniaanMu,
akan ku semai,
akan ku bajai,
dengan keizinanMu.
Ya ALLAH...
aku berdoa,
cinta anugerahMu,
agar ianya terpelihara,
agar ianya tidak lusuh,
bersama keredhaanMu.
Ya ALLAH...
aku berterima kasih padaMu,
mempertemukan aku dan dia,
tika ku berjalan sendirian,
memijak onak dan liku kehidupan,
rupanya..masih ada sinar kebahagiaan...
aku berjanji,
perasaan kurniaanMu,
akan ku jaga,
akan ku didik,
pada jalan redhaMu.
Ya ALLAH...
aku berikrar,
kasih sayang kurniaanMu,
akan ku semai,
akan ku bajai,
dengan keizinanMu.
Ya ALLAH...
aku berdoa,
cinta anugerahMu,
agar ianya terpelihara,
agar ianya tidak lusuh,
bersama keredhaanMu.
Ya ALLAH...
aku berterima kasih padaMu,
mempertemukan aku dan dia,
tika ku berjalan sendirian,
memijak onak dan liku kehidupan,
rupanya..masih ada sinar kebahagiaan...
Monday, 24 December 2012
Puisi: Gelora Rindu ku...
hening mendakap malam,
gelap pekat menghiasi malam,
sunyi sepi menemani rembulan,
hanya rintik hujan sayu terdengar,
mengetuk dedaun jendela...
harap belayar di lautan doa,
biar tiada berpenghujung,
terayun-ayun di badai sangsi,
terkadang hampir karam,
ombak wasangka melambungnya..
menanti di pelabuhan setia,
bersama tulus menjadi penemanku,
detik menghiba kadang berlagu,
dalam sukma merobek kalbu,
memujuk hati di perdu rindu,
pada saat jarak membatasi kasih,
aku menyeka titis-titis duka yang bertamu...
pohon rindu rendang di hujung alam,
lebat berbunga bak sakura di kaki fuji,
putih kelopak sesuci kasih ku,
semerbak wangi terhidu di ruang waktu,
mengubat lara yang bergelora,
tatkala destinasi memisahkan kita,
bayangan mu mengekori jejak hidup ku...
gelap pekat menghiasi malam,
sunyi sepi menemani rembulan,
hanya rintik hujan sayu terdengar,
mengetuk dedaun jendela...
harap belayar di lautan doa,
biar tiada berpenghujung,
terayun-ayun di badai sangsi,
terkadang hampir karam,
ombak wasangka melambungnya..
menanti di pelabuhan setia,
bersama tulus menjadi penemanku,
detik menghiba kadang berlagu,
dalam sukma merobek kalbu,
memujuk hati di perdu rindu,
pada saat jarak membatasi kasih,
aku menyeka titis-titis duka yang bertamu...
pohon rindu rendang di hujung alam,
lebat berbunga bak sakura di kaki fuji,
putih kelopak sesuci kasih ku,
semerbak wangi terhidu di ruang waktu,
mengubat lara yang bergelora,
tatkala destinasi memisahkan kita,
bayangan mu mengekori jejak hidup ku...
Wednesday, 19 December 2012
Puisi: Kemana ku bawa rindu
Kemana ku bawa rindu ini,
tika diriku meraba di gelap malam,
tiada cahaya rembulan menemanku,
suram kerlipan bintang-bintang,
sunyi menghambat diri.
Kemana ku bawa rindu ini,
tika hatiku mencari kasihmu,
sewaktu resah berkocak di tasik raga,
tangis bagai sungai mengalir,
tidak bermaya menongkah arus rindu.
Kemana ku bawa rindu ini,
tika pandangan mengintai wajahmu,
pada satu rupa tercermin di bola mata,
mencari satu senyuman ria,
mengubat rindu di rasa yang lara.
Kemana ku bawa rindu ini,
tika melangkah meninggalkan detik,
mencemburui masa yang menghambat,
kesempatan yang semakin singkat,
rinduku pun berciciran di batas waktu...
tika diriku meraba di gelap malam,
tiada cahaya rembulan menemanku,
suram kerlipan bintang-bintang,
sunyi menghambat diri.
Kemana ku bawa rindu ini,
tika hatiku mencari kasihmu,
sewaktu resah berkocak di tasik raga,
tangis bagai sungai mengalir,
tidak bermaya menongkah arus rindu.
Kemana ku bawa rindu ini,
tika pandangan mengintai wajahmu,
pada satu rupa tercermin di bola mata,
mencari satu senyuman ria,
mengubat rindu di rasa yang lara.
Kemana ku bawa rindu ini,
tika melangkah meninggalkan detik,
mencemburui masa yang menghambat,
kesempatan yang semakin singkat,
rinduku pun berciciran di batas waktu...
Saturday, 15 December 2012
Puisi: Makna Cinta
CINTA
sepatah kata..punya beribu makna,
kepada insan yang memahami,
jua kepada insan yang menghargai,
tercetus di dasar hati,
sejak lahirnya insan ke muka bumi ini...
CINTA adalah harapan,
CINTA adalah keindahan,
CINTA adalah keazaman,
CINTA adalah hasrat,
CINTA adalah pelbagai nilai rasa..
Dengan CINTA, kita melihat dunia,
Dengan CINTA, kita mencipta impian,
Dengan CINTA, kita meraih angan,
Kita memerlukan CINTA,
Justeru kita jua tercipta kerana CINTA,
Demi pun, ALLAH mencipta dunia kerna CINTA.....
sepatah kata..punya beribu makna,
kepada insan yang memahami,
jua kepada insan yang menghargai,
tercetus di dasar hati,
sejak lahirnya insan ke muka bumi ini...
CINTA adalah harapan,
CINTA adalah keindahan,
CINTA adalah keazaman,
CINTA adalah hasrat,
CINTA adalah pelbagai nilai rasa..
Dengan CINTA, kita melihat dunia,
Dengan CINTA, kita mencipta impian,
Dengan CINTA, kita meraih angan,
Kita memerlukan CINTA,
Justeru kita jua tercipta kerana CINTA,
Demi pun, ALLAH mencipta dunia kerna CINTA.....
Friday, 14 December 2012
Puisi: Suatu Masa
Suatu masa,
bahang mentari membakar,
di lorong berliku,
onak bertaburan di jalanan,
pedih luka dan berdarah,
memerahi kehidupan..
Suatu masa,
sinar rembulan menggelap,
di malam gelap pekat,
sepi meneman diri,
sendirian menatap duka,
tangis berlagu hiba..
Suatu masa,
tika harap semakin jauh,
azam menjadi sahabat,
airmata bertukar hasrat,
cita merubah warna hidup,
melangkah menggapai ria..
Suatu masa kini,
tiada duka tertaut,
hanya senyum di raut wajah,
hati berbunga cinta,
sejak diri ditakluk kasih,
cinta menyapu hiba,
bahagia dengan hadirnya..
Terima kasih ya ALLAH,
kurniaan mu tiba pada masanya,
tika..suatu masa dulu,
harapan hampir lenyap,
ditelan detik dan usia...
bahang mentari membakar,
di lorong berliku,
onak bertaburan di jalanan,
pedih luka dan berdarah,
memerahi kehidupan..
Suatu masa,
sinar rembulan menggelap,
di malam gelap pekat,
sepi meneman diri,
sendirian menatap duka,
tangis berlagu hiba..
Suatu masa,
tika harap semakin jauh,
azam menjadi sahabat,
airmata bertukar hasrat,
cita merubah warna hidup,
melangkah menggapai ria..
Suatu masa kini,
tiada duka tertaut,
hanya senyum di raut wajah,
hati berbunga cinta,
sejak diri ditakluk kasih,
cinta menyapu hiba,
bahagia dengan hadirnya..
Terima kasih ya ALLAH,
kurniaan mu tiba pada masanya,
tika..suatu masa dulu,
harapan hampir lenyap,
ditelan detik dan usia...
Puisi: Restu Kasih Untuk Mu
Sayang...
dengan restu Ilahi,
menghargai mu adalah kewajipan ku,
menumpahkan semua kesetiaan ku,
tanpa setitik ragu dan curiga.
Sayang...
dengan restu Ilahi,
menghargai mu adalah kewajipan ku,
menumpahkan semua kesetiaan ku,
tanpa setitik ragu dan curiga.
Sayang...
menyayangi mu sesuci hati ku,
menjaga mu setulus ku,
tanpa setitis bosan dan jemu.
Sayang...
tanpa setitis bosan dan jemu.
Sayang...
mendoakan mu sepanjang waktu,
memohon kau diberkati,
tanpa secuit alpa dan leka.
memohon kau diberkati,
tanpa secuit alpa dan leka.
Sayang...
Hingga pada saat hayat ku terhenti,
cinta ku akan kekal abadi untuk mu,
kasih ku tetap ada ku tinggalkan,
Thursday, 13 December 2012
Puisi: Cinta ku Milik Mu
Aku mencintai mu,
bukan kerana kau seorang maharaja,
empunya benua serata dunia..
aku menyayangi mu,
bukan kerana kau seorang hartawan,
empunya segudang intan..
aku mencintai mu,
bukan kerana kau seorang penakluk,
empunya saujana jajahan..
Aku mengasihi mu,
lahir dari gerak hati dan raga ku,
empunya saujana jajahan..
Aku mengasihi mu,
lahir dari gerak hati dan raga ku,
kerana takdir Ilahi menuntun ku,
mungkin syurga menentukannya.
aku memerlukan mu sayang,
saat rindu ku menanar di nubari ini,
tika sepi menghambat rasa ini,
sehingga ke akhir nafas ini,
aku hanya ingin jadi milik mu...
mungkin syurga menentukannya.
aku memerlukan mu sayang,
saat rindu ku menanar di nubari ini,
tika sepi menghambat rasa ini,
sehingga ke akhir nafas ini,
aku hanya ingin jadi milik mu...
Wednesday, 12 December 2012
Puisi: Pelindung ku..
Suria terbenam,
Dedaun berguguran,
Bayu petang berhembus,
Dingin meresap...
Ku berjalan keluar,
Ingin merasai belaian bayu ke wajah,
Ku menutup mata ku,
Ku bukakan cuping ku,
Ku hidup di kelilingi alam bermakhluk,
Tetapi..sesekali ku rasa bersendirian,
Berseorangan..dan ku terasa berada di alam terasing...
Ya Allah pelindung ku,
Ku berjalan ke hadapan,
Duduk di atas bangku,
Mendengar siulan beburung,
Ingatan ku menerawang terbang,
Hidup ini tidaklah sekejam hidup sang burung,
Mereka terbang melihat dunia,
Ku ingin melihat dunia jua,
Terlalu banyak ingin ku lihat,
Terlalu ramai ingin ku jumpa,
Ku buka mata ku,
Lalu ku tersedar,
Ku kembali ke alam nyata...
Dedaun berguguran,
Bayu petang berhembus,
Dingin meresap...
Ku berjalan keluar,
Ingin merasai belaian bayu ke wajah,
Ku menutup mata ku,
Ku bukakan cuping ku,
Ku hidup di kelilingi alam bermakhluk,
Tetapi..sesekali ku rasa bersendirian,
Berseorangan..dan ku terasa berada di alam terasing...
Ya Allah pelindung ku,
Ku berjalan ke hadapan,
Duduk di atas bangku,
Mendengar siulan beburung,
Ingatan ku menerawang terbang,
Hidup ini tidaklah sekejam hidup sang burung,
Mereka terbang melihat dunia,
Ku ingin melihat dunia jua,
Terlalu banyak ingin ku lihat,
Terlalu ramai ingin ku jumpa,
Ku buka mata ku,
Lalu ku tersedar,
Ku kembali ke alam nyata...
Tuesday, 11 December 2012
Puisi: CINTAku
CINTA ku hanya milikmu,
tulus daripada hati ku,
suci daripada jiwa ku,
ikhlas daripada raga ku.
CINTA ku hanya memilihmu,
tanpa batas waktu,
berdenyut di setiap nafas ku,
tanpa lelah dan jemu.
CINTA ku hanya untukmu,
meneman sepi malam ku,
merangkai mimpi indah ku,
menjadi raja istana hati ku.
CINTA ku hanya padamu SAYANG,
semoga tuhan mengizinkannya,
engkau saja destinasi hayat ini,
untuk mewarnai indah hidupku..
AKU CINTA PADAMU SAYANG...
tulus daripada hati ku,
suci daripada jiwa ku,
ikhlas daripada raga ku.
CINTA ku hanya memilihmu,
tanpa batas waktu,
berdenyut di setiap nafas ku,
tanpa lelah dan jemu.
CINTA ku hanya untukmu,
meneman sepi malam ku,
merangkai mimpi indah ku,
menjadi raja istana hati ku.
CINTA ku hanya padamu SAYANG,
semoga tuhan mengizinkannya,
engkau saja destinasi hayat ini,
untuk mewarnai indah hidupku..
AKU CINTA PADAMU SAYANG...
Monday, 10 December 2012
Puisi: Dengan Izin Allah....
Masa berlalu bagai tidak terasa,
kebahagiaan kita lalui bersama,
keperitaan kita harungi jua,
aku selalu ada untuk mu,
kau jua hadir untuk ku.
Dengan izin Allah jua..
aku bernafas bersama nafas mu,
menyerap ke setiap liang roma ku,
alirannya mengalir ke seluruh darah ini,
menghidupkan jiwa yang bungkam dan kosong.
Siang ku merindui mu,
malam ku mengenangkan mu,
detik dan waktu yang berlalu,
aku membayangkan mu.
Semoga dengan izin Allah jua..
aku akan tetap setia,
terus menadah memohon keredhaan,
berdoa memohon keberkataanNya,
kau jua akan setia seperti ku..
kebahagiaan kita lalui bersama,
keperitaan kita harungi jua,
aku selalu ada untuk mu,
kau jua hadir untuk ku.
Dengan izin Allah jua..
aku bernafas bersama nafas mu,
menyerap ke setiap liang roma ku,
alirannya mengalir ke seluruh darah ini,
menghidupkan jiwa yang bungkam dan kosong.
Siang ku merindui mu,
malam ku mengenangkan mu,
detik dan waktu yang berlalu,
aku membayangkan mu.
Semoga dengan izin Allah jua..
aku akan tetap setia,
terus menadah memohon keredhaan,
berdoa memohon keberkataanNya,
kau jua akan setia seperti ku..
Puisi: Saat Ini ku Sedar
Saat ini aku sedar,
tanpa cinta,
dunia bagai mati,
sunyi dan sepi,
beku, suram dan gersang..
Saat ini aku sedar,
aku perlu cinta,
aku perlu kasih sayang,
untuk membuang semua hampa,
menyerikan hidupku agar lebih bermakna..
Saat ini aku sedar,
cinta memberikan harapan,
menerbitkan senyuman di bibir,
cinta membungakan perasaan,
mewangikan rindu dalam jiwa...
Saat ini aku sedar,
aku perlu cinta,
bukan sekadar kata-kata,
jua bukan sekadar janji manis,
tapi dari jiwa yg suci menyintai ku seadanya...
tanpa cinta,
dunia bagai mati,
sunyi dan sepi,
beku, suram dan gersang..
Saat ini aku sedar,
aku perlu cinta,
aku perlu kasih sayang,
untuk membuang semua hampa,
menyerikan hidupku agar lebih bermakna..
Saat ini aku sedar,
cinta memberikan harapan,
menerbitkan senyuman di bibir,
cinta membungakan perasaan,
mewangikan rindu dalam jiwa...
Saat ini aku sedar,
aku perlu cinta,
bukan sekadar kata-kata,
jua bukan sekadar janji manis,
tapi dari jiwa yg suci menyintai ku seadanya...
Friday, 7 December 2012
Puisi: Aku Hanya Mampu Berharap
aku tahu cinta ini bukan fatamorgana,
ianya sememangnya hadir,
biarpun keinginan seakan patah,
pada keindahan cinta itu.
keyakinan ku masih bertahan,
walau jiwa semakin parah,
tika raga tak mampu menahan luka..
aku menanti seperti mimpi dalam nyata,
akan terus berjalan dalam bayangan,
aku terus bertatih tanpa pegangan cinta,
pada satu harapan yang seperti tiada,
keazaman tetap ada namun sesekali menghilang,
kesetiaan satu cinta yang indah seakan parah.
aku akan tetap menunggu,
kerna hati tidak pernah berhenti berharap,
kehadiran cinta daripadamu,
yang benar-benar terbuka untuk menyambut cintaku..
Thursday, 6 December 2012
Puisi: Destinasi Cinta
Sayang...
tunjukkanlah ku jalan,
yang mudah ku jejak,
biarpun ianya berliku...
Sayang...
pimpinlah tangan ku,
dengan genggaman tulusmu,
membawa ku ke destinasi bahagia...
Sayang...
ajarilah aku,
dengan ilmu cintamu,
agar hidup ku bahagia ke akhirnya...
Sayang...
di arah dan di jalan hidup ini,
akan ada ranjau dan duri,
teguhkanlah iman kita,
agar kita temui destinasi cinta,
hingga kekal ke hujung nyawa...
tunjukkanlah ku jalan,
yang mudah ku jejak,
biarpun ianya berliku...
Sayang...
pimpinlah tangan ku,
dengan genggaman tulusmu,
membawa ku ke destinasi bahagia...
Sayang...
ajarilah aku,
dengan ilmu cintamu,
agar hidup ku bahagia ke akhirnya...
Sayang...
di arah dan di jalan hidup ini,
akan ada ranjau dan duri,
teguhkanlah iman kita,
agar kita temui destinasi cinta,
hingga kekal ke hujung nyawa...
Puisi: Jika cinta...
Jika cinta mampu bicara,
akan ku beri sulaman rindu,
agar kau fahami maknanya.
Jika cinta mampu berirama,
akan kau sanggup menyekat,
pedih melarat lukanya.
Jika cinta santun berkata,
akan berpantunlah kita,
seiring madah pujangga.
Dan...
Jika cinta itu luka,
maka biarkanlah mengering,
tanpa sesisa parut.
akan ku beri sulaman rindu,
agar kau fahami maknanya.
Jika cinta mampu berirama,
akan kau sanggup menyekat,
pedih melarat lukanya.
Jika cinta santun berkata,
akan berpantunlah kita,
seiring madah pujangga.
Dan...
Jika cinta itu luka,
maka biarkanlah mengering,
tanpa sesisa parut.
PUISI: Malam..ku rindu dia
Wahai malam..
aku ditemani semilir bayu,
membelai lembut celah rerambutku,
aku berbisik pelahan,
bayu..sampaikan rinduku pada sayangku itu.
Wahai malam..
aku ditemani indah rembulan,
menerangi sebahagian kegelapan,
aku bersuara lembut,
rembulan..sampaikan rinduku pada sayangku itu.
Wahai malam..
aku ditemanimu sesunyi ini,
hawa dinginmu meresap celah reromaku,
aku mendakap erat tubuhku,
malam...rasakan rinduku pada sayangku itu.
aku ditemani semilir bayu,
membelai lembut celah rerambutku,
aku berbisik pelahan,
bayu..sampaikan rinduku pada sayangku itu.
Wahai malam..
aku ditemani indah rembulan,
menerangi sebahagian kegelapan,
aku bersuara lembut,
rembulan..sampaikan rinduku pada sayangku itu.
Wahai malam..
aku ditemanimu sesunyi ini,
hawa dinginmu meresap celah reromaku,
aku mendakap erat tubuhku,
Tuesday, 4 December 2012
Puisi: HADIR MU
kau hadir saat ku jemu,
kau hadir saat ku layu,
kau hadir saat ku rindu,
rindu pada cinta yang akan menemaniku..
kau hadir dengan tawa,
kau hadir dengan ceria,
kau hadir dengan senyuman,
bahagia menyilau bagai cahaya..
tika kau hadir..lidahku kelu untuk berkata,
tika kau hadir..wajahku tertunduk malu,
tika kau hadir..jasadku membantu,
tika kau hadir..cinta bersemi di kalbu..
Sunday, 2 December 2012
Puisi: Aku Bahagia Mencintaimu..
Ingin aku berteriak..CINTA..
Sekeras yang mungkin...
Sepelaung saujana mata..
Tika kau mengatakan sayang padaku..
Wajah ku ceria..merona merah..
Tersumbing senyuman indah...
Andai kau dapat menatapnya...
Betapa kebahagiaan ini untuk ku sahaja...
Ingin aku melaungkan..RINDU..
Sekuat yang mungkin...
Sejurus dibawa bayu ke telingamu..
Tika kau mengatakan kasih padaku..
Aku ingin bingkas berlari padamu..
Hatiku luluh ingin memelukmu..
Andai kau dapat merasai..
Betapa aku amat bahagia menyayangimu..
Biar pun kau jauh di sana..
Kau tetap ku kenang dalam doaku..
Tidak akan ada sedikit lengah..
Hanya kau ku abadikan dalam hati..
Kau saja pujaan jiwa..
Ku sematkan cinta di sanubari mu..
Sekelumit doa ku bisikan untuk mu..
Tuhan...jagakan dia untuk ku..
Tuhan...terima kasih untuk pemberian ini..
Tuhan...aku teramat sayang padanya..
Tuhan..restui cintaku padanya...
Sekeras yang mungkin...
Sepelaung saujana mata..
Tika kau mengatakan sayang padaku..
Wajah ku ceria..merona merah..
Tersumbing senyuman indah...
Andai kau dapat menatapnya...
Betapa kebahagiaan ini untuk ku sahaja...
Ingin aku melaungkan..RINDU..
Sekuat yang mungkin...
Sejurus dibawa bayu ke telingamu..
Tika kau mengatakan kasih padaku..
Aku ingin bingkas berlari padamu..
Hatiku luluh ingin memelukmu..
Andai kau dapat merasai..
Betapa aku amat bahagia menyayangimu..
Biar pun kau jauh di sana..
Kau tetap ku kenang dalam doaku..
Tidak akan ada sedikit lengah..
Hanya kau ku abadikan dalam hati..
Kau saja pujaan jiwa..
Ku sematkan cinta di sanubari mu..
Sekelumit doa ku bisikan untuk mu..
Tuhan...jagakan dia untuk ku..
Tuhan...terima kasih untuk pemberian ini..
Tuhan...aku teramat sayang padanya..
Tuhan..restui cintaku padanya...
Saturday, 1 December 2012
Puisi: Aku Lafaskan Doa Untuk Mu
Sewaktu suria merangkak di sebalik awan,
Embun masih lagi basah,
Fajar baru menyingsing,
Aku lafaskan doa untuk mu..sayang
Sewaktu suria beralih di sebalik pohon,
Pepohon hijau masih lagi segar.
Bahang mentari meredup,
Aku lafaskan doa untuk mu..sayang
Sewaktu suria melabuh di celah awan,
Bebunga seakan menguncup,
Rerama terbang pulang,
Aku melafaskan doa untuk mu..sayang
Sewaktu suria tenggelam di celah awan,
Lembayung menghias dada alam,
Camar-camar melayang di kaki langit,
Aku lafaskan doa untuk mu..sayang
Sewaktu suria tiada di celah awan,
Gelap warna langit,
Rembulan ditemani punggok,
Aku melafaskan doa untuk mu..sayang
Inilah saja yang ku mampu,
Melafaskan doa saban waktu,
Memohon Allah memberkati mu,
Biar di mana jua kau berada..
Embun masih lagi basah,
Fajar baru menyingsing,
Aku lafaskan doa untuk mu..sayang
Sewaktu suria beralih di sebalik pohon,
Pepohon hijau masih lagi segar.
Bahang mentari meredup,
Aku lafaskan doa untuk mu..sayang
Sewaktu suria melabuh di celah awan,
Bebunga seakan menguncup,
Rerama terbang pulang,
Aku melafaskan doa untuk mu..sayang
Sewaktu suria tenggelam di celah awan,
Lembayung menghias dada alam,
Camar-camar melayang di kaki langit,
Aku lafaskan doa untuk mu..sayang
Sewaktu suria tiada di celah awan,
Gelap warna langit,
Rembulan ditemani punggok,
Aku melafaskan doa untuk mu..sayang
Inilah saja yang ku mampu,
Melafaskan doa saban waktu,
Memohon Allah memberkati mu,
Biar di mana jua kau berada..
Friday, 30 November 2012
Puisi: Jika Nafas Terhenti
Entah tinggal beberapa langkah lagi...
Entah tinggal beberapa hela nafas lagi..
Entah tinggal beberapa kederat lagi..
Entah tinggal beberapa tenaga lagi..
Entah tinggal beberapa daya lagi..
Entah tinggal beberapa patah kata lagi..
Entah tinggal beberapa upaya lagi..
Entah tinggal beberapa senyuman lagi..
Entah tinggal beberapa detik lagi..
Yang ku pinjam daripada ILAHI..
Mungkinkah aku sempat meluahkan,
Kata sayang yang terpendam..
Mungkinkah aku sempat merasakan,
Belaian cinta yang kudambakan..
Mungkinkah aku sempat membicarakan,
Memori cinta yang lalu..
Mungkinkah aku sempat menyuarakan,
Secangkir rindu di perdu jiwa..
Mungkinkah aku sempat merangkul,
Jasad yang ku sayang itu..
Ya Allah...
Jika tiada waktu untuk ku lagi,
Jika terlumpuh semua daya,
Jika terbungkam semua rasa,
Jika terhenti semua detik,
Jika tersekat semua nafas,
Jika terhenti putaran dunia,
Jika kelam cahaya suria,
Namun..berilah aku kesempatan,
Mengucapkan sebaris kata,
AKU CINTA PADA NYA.....
Entah tinggal beberapa hela nafas lagi..
Entah tinggal beberapa kederat lagi..
Entah tinggal beberapa tenaga lagi..
Entah tinggal beberapa daya lagi..
Entah tinggal beberapa patah kata lagi..
Entah tinggal beberapa upaya lagi..
Entah tinggal beberapa senyuman lagi..
Entah tinggal beberapa detik lagi..
Yang ku pinjam daripada ILAHI..
Mungkinkah aku sempat meluahkan,
Kata sayang yang terpendam..
Mungkinkah aku sempat merasakan,
Belaian cinta yang kudambakan..
Mungkinkah aku sempat membicarakan,
Memori cinta yang lalu..
Mungkinkah aku sempat menyuarakan,
Secangkir rindu di perdu jiwa..
Mungkinkah aku sempat merangkul,
Jasad yang ku sayang itu..
Ya Allah...
Jika tiada waktu untuk ku lagi,
Jika terlumpuh semua daya,
Jika terbungkam semua rasa,
Jika terhenti semua detik,
Jika tersekat semua nafas,
Jika terhenti putaran dunia,
Jika kelam cahaya suria,
Namun..berilah aku kesempatan,
Mengucapkan sebaris kata,
AKU CINTA PADA NYA.....
Puisi: Kasih
Kasih...
Mentari bersinar meneman siang,
Memberi hangat dan cahaya,
Pada sekelian alam mati dan bernyawa,
Menjadi harapan sang pepohon,
Untuk segar dan menghijau..
Kasih...
Lautan membiru meneman pantai,
Membasahi dada pasir,
Tika pasang dan surut,
Tidak pernah terlupa hadir,
Walau terkadang menjadi badai..
Kasih..
Rembulan menemani malam,
Mengindahkan alam yang gelap sepi,
Menjadi ilham sang pujangga,
Terkadang tidak bercahaya,
Hingga sang punggok lupa pada nya...
Kasih..
Bila kau umpama mentari,
Bila kau bagaikan lautan,
Bila kau seperti rembulam,
Bermakna kau begitu bererti,
Dalam hidup ku hingga ke nafas akhir ku...
Mentari bersinar meneman siang,
Memberi hangat dan cahaya,
Pada sekelian alam mati dan bernyawa,
Menjadi harapan sang pepohon,
Untuk segar dan menghijau..
Kasih...
Lautan membiru meneman pantai,
Membasahi dada pasir,
Tika pasang dan surut,
Tidak pernah terlupa hadir,
Walau terkadang menjadi badai..
Kasih..
Rembulan menemani malam,
Mengindahkan alam yang gelap sepi,
Menjadi ilham sang pujangga,
Terkadang tidak bercahaya,
Hingga sang punggok lupa pada nya...
Kasih..
Bila kau umpama mentari,
Bila kau bagaikan lautan,
Bila kau seperti rembulam,
Bermakna kau begitu bererti,
Dalam hidup ku hingga ke nafas akhir ku...
Thursday, 29 November 2012
Puisi: Kau dan Aku
Sayang..
Di bawah langit yang sama,
Di bawah awan gemawan yang memutih.
Di bawah sinaran sang suria,
Ada kau dan aku..
Sayang..
Dihela sang bayu yang sama,
Dihela udara yang segar,
Dihela angin yang bertiup,
Ada kau dan aku..
Sayang..
Aku hanya memandang biru langit,
Aku hanya merasa hangat suria,
Aku hanya membelai bayu lembut,
Aku hanya menghela udara segar,
Kerna...aku tahu..
Tika ini kau juga seperti aku..
Biar tidak berpijak di benua yang sama...
Di bawah langit yang sama,
Di bawah awan gemawan yang memutih.
Di bawah sinaran sang suria,
Ada kau dan aku..
Sayang..
Dihela sang bayu yang sama,
Dihela udara yang segar,
Dihela angin yang bertiup,
Ada kau dan aku..
Sayang..
Aku hanya memandang biru langit,
Aku hanya merasa hangat suria,
Aku hanya membelai bayu lembut,
Aku hanya menghela udara segar,
Kerna...aku tahu..
Tika ini kau juga seperti aku..
Biar tidak berpijak di benua yang sama...
Wednesday, 28 November 2012
Puisi: Resah ku Rinduimu
Ku memeluk resah,
yang tajam menusuk,
waktu menjadi unggu,
harapan bersuara cemas,
bersatu melangkah..
Ku melepaskan resah,
yang menerjah malam ku,
pada gelap rembulan,
bayangmu pun hadir,
memeluk rindu ku..
Ku mendakap resah,
yang kau tinggalkan,
bersama lembayung sayangmu,
langit malam ku membiru,
rinduku dan rindumu bersatu..
yang tajam menusuk,
waktu menjadi unggu,
harapan bersuara cemas,
bersatu melangkah..
Ku melepaskan resah,
yang menerjah malam ku,
pada gelap rembulan,
bayangmu pun hadir,
memeluk rindu ku..
Ku mendakap resah,
yang kau tinggalkan,
bersama lembayung sayangmu,
langit malam ku membiru,
rinduku dan rindumu bersatu..
Puisi: CINTA ku...
CINTA ku..
bukan berilusi,
ianya satu realiti,
lahir dalam hati jujurku..
CINTA ku..
tidak melihat keindahan rupa,
bukan harta syaratnya,
jauh daripada desakan hawa..
CINTA ku..
untuk ku abadikan dengan mu,
menjadi peneman sunyi mu,
berdetik dalam setiap nafasmu,
seiring degupan jantungmu..
CINTA ku..
hanya ada untuk mu,
untuk kau rasakan,
pada setiap ruang hati mu,
di setiap langkah perjalanan hidupmu,
cinta ku tulus hanya untuk mu..
bukan berilusi,
ianya satu realiti,
lahir dalam hati jujurku..
CINTA ku..
tidak melihat keindahan rupa,
bukan harta syaratnya,
jauh daripada desakan hawa..
CINTA ku..
untuk ku abadikan dengan mu,
menjadi peneman sunyi mu,
berdetik dalam setiap nafasmu,
seiring degupan jantungmu..
CINTA ku..
hanya ada untuk mu,
untuk kau rasakan,
pada setiap ruang hati mu,
di setiap langkah perjalanan hidupmu,
cinta ku tulus hanya untuk mu..
Monday, 26 November 2012
Puisi: Keabadian mu..SAYANG
Terlukis satu nama di kanvas hati ku,
Nama yang akan terus abadi,
Terpamer di galeri jiwa,
Tertonton hanya untuk ku sahaja.
Tertinta satu nama di lembaran sukma ku,
Nama yang akan terus berpahat,
Tercatat di sumber sukma.
Ternukil hanya untuk ku sahaja.
Terucap satu nama di bibir ku,
Nama yang akan terus terucap,
Terlafas di perdu rindu,
Tersisip hanya untuk ku sahaja.
Sayangku..nama mu hanya untuk ku,
Terlukis..tertinta..terucap..
Hanya nama mu sahaja..
Dalam hela setiap detik nafas ku...SAYANG
Nama yang akan terus abadi,
Terpamer di galeri jiwa,
Tertonton hanya untuk ku sahaja.
Tertinta satu nama di lembaran sukma ku,
Nama yang akan terus berpahat,
Tercatat di sumber sukma.
Ternukil hanya untuk ku sahaja.
Terucap satu nama di bibir ku,
Nama yang akan terus terucap,
Terlafas di perdu rindu,
Tersisip hanya untuk ku sahaja.
Sayangku..nama mu hanya untuk ku,
Terlukis..tertinta..terucap..
Hanya nama mu sahaja..
Dalam hela setiap detik nafas ku...SAYANG
Puisi: Hadir Mu...
Aku melangkah sendirian,
Cuba memaknai erti kehidupan,
Tika kau singgah di serambi hati,
Ku rasakan kau bukan tamu biasa,
Kau hadir tika aku sendirian menyeka airmata...
Wujud mu tika ini tidak bersama ku,
Tiada bayangan namun terasa susuk mu,
Terabadi kenangan indah itu di benak ku,
Terikat bersatu dalam perdu jiwa ku,
Menghidupkan semula harapan ku...
Senyum mu tergambar di bola mata,
Tutur lembut mu meruntun duka ku,
Belaian manja mu menyapu semua nestapa,
Kini..bahagia berbunga di taman jiwa,
Kasih mu menghijau menyuburkan sukma...
Sayang...terimalah sekudus kasihku,
Yang tidak bertepi, yang tidak berpenghujung,
Tidak berterminal di bingkai hati,
Kau sentiasa ku damba dan ku rindu,
Kaulah Sumber Inspirasi ku....
Cuba memaknai erti kehidupan,
Tika kau singgah di serambi hati,
Ku rasakan kau bukan tamu biasa,
Kau hadir tika aku sendirian menyeka airmata...
Wujud mu tika ini tidak bersama ku,
Tiada bayangan namun terasa susuk mu,
Terabadi kenangan indah itu di benak ku,
Terikat bersatu dalam perdu jiwa ku,
Menghidupkan semula harapan ku...
Senyum mu tergambar di bola mata,
Tutur lembut mu meruntun duka ku,
Belaian manja mu menyapu semua nestapa,
Kini..bahagia berbunga di taman jiwa,
Kasih mu menghijau menyuburkan sukma...
Sayang...terimalah sekudus kasihku,
Yang tidak bertepi, yang tidak berpenghujung,
Tidak berterminal di bingkai hati,
Kau sentiasa ku damba dan ku rindu,
Kaulah Sumber Inspirasi ku....
Puisi: Aku Dia Dan Pantai Itu..
Sayang..
Pabila langit membias warna,
Di dada lautan luas,
Ku lihat membiru kasihmu.
Sayang..
Tika aku jejaki bibir pantai,
Halus pasir ku pijak,
Ku rasa sehalus sayangmu.
Sayang..
Pabila bayu itu berhembus,
Mengulit lembut rerambut ini,
Ku rasa semanja cintamu.
Sayang..
Pabila sepi menghambat diriku,
Ku seakan terdengar,
Nyanyian ombak menemani ku,
Desirannya mengulit pantai,
Menjadikan aku resah merindui mu...
Pabila langit membias warna,
Di dada lautan luas,
Ku lihat membiru kasihmu.
Sayang..
Tika aku jejaki bibir pantai,
Halus pasir ku pijak,
Ku rasa sehalus sayangmu.
Sayang..
Pabila bayu itu berhembus,
Mengulit lembut rerambut ini,
Ku rasa semanja cintamu.
Sayang..
Pabila sepi menghambat diriku,
Ku seakan terdengar,
Nyanyian ombak menemani ku,
Desirannya mengulit pantai,
Menjadikan aku resah merindui mu...
Puisi: Rindu
Saat ku buka mata hati,
Kau ku lihat ada di sini,
Biarpun jasad kita terpisah,
Aku masih tetap menanti di sini..
Kerinduan yang begitu dalam,
Mengundang kesedihan dalam hati,
Tika kau tiada di sisi,
Ku hanya menahan sebak dalam hati...
Kau dalam hatiku,
Bagai senandung dalam kalbu,
Yang tetap berdendang,
Dalam kerinduan yang dalam...
Aku menanti mu dalam kerinduan,
Rindu yang maha dalam,
Kembalilah ke sini sayang,
Ke dalam pelukanku yang menyintai mu...
Waktu yang silih berganti,
Aku hanya mampu menunggu dan menanti,
Kehadiran mu di sisi,
Kepulangan mu yang ku kasihi...
Kau ku lihat ada di sini,
Biarpun jasad kita terpisah,
Aku masih tetap menanti di sini..
Kerinduan yang begitu dalam,
Mengundang kesedihan dalam hati,
Tika kau tiada di sisi,
Ku hanya menahan sebak dalam hati...
Kau dalam hatiku,
Bagai senandung dalam kalbu,
Yang tetap berdendang,
Dalam kerinduan yang dalam...
Aku menanti mu dalam kerinduan,
Rindu yang maha dalam,
Kembalilah ke sini sayang,
Ke dalam pelukanku yang menyintai mu...
Waktu yang silih berganti,
Aku hanya mampu menunggu dan menanti,
Kehadiran mu di sisi,
Kepulangan mu yang ku kasihi...
Wednesday, 21 November 2012
Puisi: Diam mu Membunuh Rindu ku
Jika tangan mu masih kuat...
genggamilah tombak..
lalu kau rejam sahaja..
cinta ku pada mu...
Jika kaki mu masih tegap...
terajang setangkas mungkin..
tolak dan kilaslah..
kasih ku pada mu
Jika kau tergamak..
zalimilah dan bunuhlah..
semua rindu yang ada
yang ku simpan untuk mu..
Hingga saat ini..
aku menatap nanar ke segala penjuru..
tetapi..hanya rintik-rintik hujan..
ku cari wajah mu...ku seru nama mu..
begitu tega hati mu..
membiar sepi menjadi teman ku..
Aku mencintaimu..
Aku menyayangimu..
Aku mengasihimu..
Biar pun kau membunuh rinduku
Dengan diam mu......
genggamilah tombak..
lalu kau rejam sahaja..
cinta ku pada mu...
Jika kaki mu masih tegap...
terajang setangkas mungkin..
tolak dan kilaslah..
kasih ku pada mu
Jika kau tergamak..
zalimilah dan bunuhlah..
semua rindu yang ada
yang ku simpan untuk mu..
Hingga saat ini..
aku menatap nanar ke segala penjuru..
tetapi..hanya rintik-rintik hujan..
ku cari wajah mu...ku seru nama mu..
begitu tega hati mu..
membiar sepi menjadi teman ku..
Aku mencintaimu..
Aku menyayangimu..
Aku mengasihimu..
Biar pun kau membunuh rinduku
Dengan diam mu......
Puisi: Rindunya Aku
bagaimana aku harus terus diam
kalau ini semuanya tidak berbalas
bagaimana aku harus terus diam
kalau ini semua bagai tergantung…
kalau ini semuanya tidak berbalas
bagaimana aku harus terus diam
kalau ini semua bagai tergantung…
engkau…
yang ada di sana, yang di mana
ataukah kau juga seperti aku..
menulis tentangmu, tentang rindumu
yang ada di sana, yang di mana
ataukah kau juga seperti aku..
menulis tentangmu, tentang rindumu
engkau…
pernahkah menyambut rinduku
walau hanya dengan senyuman
tanpa harus kau mengungkap sepatah kata
pernahkah menyambut rinduku
walau hanya dengan senyuman
tanpa harus kau mengungkap sepatah kata
engkau…
yang ada dimana
ketahuilah sayang..aku terus merindumu
ketahuilah sayang.. aku terus menantimu
kembali bersama menyulam cinta
waktu yang penuh canda dan indah
waktu yang berlalu dengan ceria
waktu yang selalu ku kenangkan
yang ada dimana
ketahuilah sayang..aku terus merindumu
ketahuilah sayang.. aku terus menantimu
kembali bersama menyulam cinta
waktu yang penuh canda dan indah
waktu yang berlalu dengan ceria
waktu yang selalu ku kenangkan
Tuhan..
sampaikan padanya
tentang rinduku
tentang sayangnya yang selalu kutunggu
tentang kasihnya, Tuhan…
sampaikan padanya
tentang rinduku
tentang sayangnya yang selalu kutunggu
tentang kasihnya, Tuhan…
Cinta Untuk Kau Mengertikan
Sayang..Jangan pernah sedih kerana jasadku akan melindungimu..peluklah aku sayang..akan ku jaga dirimu daripada segala halangan cinta..
Sayang..Jangan pernah merasa sepi kerana hatiku akan selalu menemanimu.. pejamkanlah matamu dan bermimpilah yang indah dalam tidurmu...bagai rembulan menemani malam, aku akan bersama mu..dan bangunlah esok pagi dengan senyuman indah, seindah mentari pagi yang bersinar.
Sayang..Jangan pernah menitiskan airmata kerana kasihku selalu ada untukmu..tataplah mataku sayang..lihatlah ianya bercahaya kerana mencintaimu..hanya untuk mu..kelmarin, semalam, hari ini dan esok juga selamanya..kau saja bintang di langit cinta ku...
Sayang..Jangan pernah merasa sepi kerana hatiku akan selalu menemanimu.. pejamkanlah matamu dan bermimpilah yang indah dalam tidurmu...bagai rembulan menemani malam, aku akan bersama mu..dan bangunlah esok pagi dengan senyuman indah, seindah mentari pagi yang bersinar.
Sayang..Jangan pernah menitiskan airmata kerana kasihku selalu ada untukmu..tataplah mataku sayang..lihatlah ianya bercahaya kerana mencintaimu..hanya untuk mu..kelmarin, semalam, hari ini dan esok juga selamanya..kau saja bintang di langit cinta ku...
Sunday, 18 November 2012
Puisi: Penantian
Waktu..
pada saat-saat ianya perlahan berdetik..
melangkah batas-batas masa..
menjauhi hari...
Waktu..
akan adakah lagi..?
momen indah itu..
tika tawa dan senyum mu..
kini hanya menjadi teman tidur ku..
Waktu...
berkesempatankah lagi..?
biar hanya sebaris kata..
walau hanya satu ungkapan..
untuk ku luahkan..
hasrat yg terbungkam sepi..
Waktu..
penantian apakah ini..?
kadang kala..
menyiksa raga ku..
kadang kala..
membekukan minda ku..
kadang kala..
melarakan hati ini..
sesungguhnya..
penantian ini..
melumpuhkan semua rindu itu..
lalu diri harus pergi..
tanpa sebaris kata lagi....
pada saat-saat ianya perlahan berdetik..
melangkah batas-batas masa..
menjauhi hari...
Waktu..
akan adakah lagi..?
momen indah itu..
tika tawa dan senyum mu..
kini hanya menjadi teman tidur ku..
Waktu...
berkesempatankah lagi..?
biar hanya sebaris kata..
walau hanya satu ungkapan..
untuk ku luahkan..
hasrat yg terbungkam sepi..
Waktu..
penantian apakah ini..?
kadang kala..
menyiksa raga ku..
kadang kala..
membekukan minda ku..
kadang kala..
melarakan hati ini..
sesungguhnya..
penantian ini..
melumpuhkan semua rindu itu..
lalu diri harus pergi..
tanpa sebaris kata lagi....
Saturday, 17 November 2012
Puisi: Andai
Andai..
kau berhiba,
lihatlah
malam,..teman..
Andai..
kau menangis,
lihatlah
hujan...teman..
Andai..
kau ceria,
lihatlah
awan...teman..
Andai..
kau gembira..
tersenyumlah..teman..
Andai..
kau berdukalara,
ingatlah
kebahagiaan...teman..
Andai..
kau berbahagia,
ingatlah pada
Allah..teman..
Andai..
kau tidak
dipedulikan,
lihatlah ke
hadapan...teman..
Dan andai..
semuanya kau hanya
berseorangan merasakan..
usah khuatir..teman..
Kerana kau akan
sedar..
Betapa hidup ini penuh
dengan pengorbanan..
Puisi: Saat Aku Rindu Kamu
Saat aku rindu kamu,
Mentari tak ku sedar kehangatannya,
Langit tidak sebiru selalu,
Semilir angin pun hilang,
Bulan tidak memantul cahayanya..
Saat aku rindu kamu,
Burung tidak lagi berkicau,
Pohon hanya berdiri kaku,
Dedaun hilang hijaunya,
Mawar kuncup tidak berkembang..
Saat aku rindu kamu,
Nafas ku bagai tersekat,
Jantung ku lemah berdenyut,
Senyuman tidak lagi seriang selalu,
Minda tersesak mengenangkanmu..
Semuanya hadir pada...Saat aku rindu kamu...
Mentari tak ku sedar kehangatannya,
Langit tidak sebiru selalu,
Semilir angin pun hilang,
Bulan tidak memantul cahayanya..
Saat aku rindu kamu,
Burung tidak lagi berkicau,
Pohon hanya berdiri kaku,
Dedaun hilang hijaunya,
Mawar kuncup tidak berkembang..
Saat aku rindu kamu,
Nafas ku bagai tersekat,
Jantung ku lemah berdenyut,
Senyuman tidak lagi seriang selalu,
Minda tersesak mengenangkanmu..
Semuanya hadir pada...Saat aku rindu kamu...
Friday, 16 November 2012
Cinta Untuk Dirasakan..
Apakah itu Cinta..??? Bagaimana Cinta berlaku??? Mengapakah Cinta hadir???
Tahukah apa makna Cinta...selalu Cinta dipuji..dipuja manusia...Cinta terlalu murah untuk dilontarkan oleh sesetengah insan tanpa tahu apakah maknanya...tanpa menyedari keindahan cinta itu..Cinta mudah dikhianati...Adakah itu yang kita panggil Cinta...
CINTA...terasa indahnya dan barakahnya dalam hati..dalam sanubari...dalam jiwa...menyegarkan naluri..mengasyikkan nurani..CINTA..berbalut sayang..didakap kasih sepanjang detik dan masa..CINTA..menghindar rasa sunyi sendirian..mengisi ruang kosong dalam jiwa insan..CINTA..melengkapi elergi-elergi rindu...menyambung nafas-nafas kehidupan insan..
CINTA..bukanlah sasaran cumbuan atau hawa nafsu semata-mata..bukan hanya dengan rayuan manis bicara...bukan hiasan indah yang mudah retak dan berderai..bukan jua kalimat manja dari bibir kekasih...bukan semua itu...
CINTA adalah seutas benang sayang yang mengikat jiwa insan lelaki dan perempuan..kepada PENCIPTA..ALLAH TAALA..kepada AYAH BONDA..dan kepada semua insan yang layak menerima..yang memahami nilai cinta...
CINTA..dikagumi berjuta-juta manusia..melekat dalam hati pengagumnya..ianya menyusuri kehidupan manusia menuju kebahagiaan..CINTA terasa nikmat untuk insan yang menghargai kehadirannya..dalam segenap kehidupan..CINTA adalah zat yang tertanam..mengalir di dalam darah..mengisi saraf-saraf kehidupan...
Aku telah temukan CINTA ILLAHI...cukup untuk membersihkan jiwa dan nurani daripada berprasangka pada takdir hidup..namun..tak terlengkap lagi kerana Cinta tak ku temu maknanya daripada seorang manusia bergelar kekasih..sehati dan sejiwa....
Thursday, 15 November 2012
Sayang..
Pada ketika ini..
Aku amat rindu padamu..
Kerinduaan yang tak terungkap pada lisan
Pada bicara yang terbungkam sepi..
Sayang..
Pada waktu ini..
Aku amat setia padamu..
Kesetiaan yang tak tersangka olehmu..
Pada satu prinsip ku simpan kemas..
Sayang..
Pada saat ini..
Aku amat perlukanmu..
Keperluan yang mengisi segenap jiwaku
Pada helahan nafasmu..
Aku rindu sayang...aku juga setia sayang..sekaligus aku perlu sayang..
Diri mu yang tidak pernah rasa kewujudanku...
Pada ketika ini..
Aku amat rindu padamu..
Kerinduaan yang tak terungkap pada lisan
Pada bicara yang terbungkam sepi..
Sayang..
Pada waktu ini..
Aku amat setia padamu..
Kesetiaan yang tak tersangka olehmu..
Pada satu prinsip ku simpan kemas..
Sayang..
Pada saat ini..
Aku amat perlukanmu..
Keperluan yang mengisi segenap jiwaku
Pada helahan nafasmu..
Aku rindu sayang...aku juga setia sayang..sekaligus aku perlu sayang..
Diri mu yang tidak pernah rasa kewujudanku...
Aku Tetap Ada Untuk Mu
Mentari menyinar hangat namun nyaman,
Langit mencerah dunia semakin terang,
Gumpalan awan gemawan menjadi teman mentari,
Sesekali angin menyapa lembut dedahan pohon,
Bernyanyi sang nyiur disapa semilir bayu..
Begitu indah sahabat..suria pagi ini...
Biarkan aku menjadi seperti suria itu sahabatku,
Biarkan aku menjadi seperti langit itu sahabatku,
Biarkan aku menjadi seperti awan itu sahabatku,
Biarkan aku menjadi seperti angin itu sahabatku,
Agar dunia persahabatan kita sehangat mentari,
Agar dunia persahabatan kita secerah langit pagi,
Agar dunia persahabatan kita sehalus awan gemawan,
Agar dunia persahabatan kita senyaman tiupan angin,
Agar kau tahu aku sentiasa ada untuk mu..
Walau terkadang aku ada waktu kau tiada,
Walau terkadang aku ditemani tangisan,
Walau terkadang aku dihinggap sunyi...
Namun..aku tetap ada untuk mu..kamu tetap ada dalam doa kudusku...
Langit mencerah dunia semakin terang,
Gumpalan awan gemawan menjadi teman mentari,
Sesekali angin menyapa lembut dedahan pohon,
Bernyanyi sang nyiur disapa semilir bayu..
Begitu indah sahabat..suria pagi ini...
Biarkan aku menjadi seperti suria itu sahabatku,
Biarkan aku menjadi seperti langit itu sahabatku,
Biarkan aku menjadi seperti awan itu sahabatku,
Biarkan aku menjadi seperti angin itu sahabatku,
Agar dunia persahabatan kita sehangat mentari,
Agar dunia persahabatan kita secerah langit pagi,
Agar dunia persahabatan kita sehalus awan gemawan,
Agar dunia persahabatan kita senyaman tiupan angin,
Agar kau tahu aku sentiasa ada untuk mu..
Walau terkadang aku ada waktu kau tiada,
Walau terkadang aku ditemani tangisan,
Walau terkadang aku dihinggap sunyi...
Namun..aku tetap ada untuk mu..kamu tetap ada dalam doa kudusku...
Wednesday, 14 November 2012
Puisi: Teman..Izinkan ku Pergi..
Tika waktu luka menghampiri.
ku melangkah perlahan,
pergi membawa diri,
cuba menghindari mu teman..
agar kau tidak melihat..
tangis ku mengalir,
bagai denai lesu..
mengalir dan terus mengalir..
memedihkan segaris luka..
dalam hirisan nya kerna tingkah mu..
Tika waktu luka menghampiri,
ku susun perjalanan,
tanpa jejak untuk kau kesan,
cuba menjauhi mu teman..
agar kau tidak merasa..
terkilan nya aku..
bagai bahang tersekat..
membakar lena ku..
mendebu semua khayalku..
dalam sendu..ku bawa pergi..
hati ku..dan kini jiwa ku tiada lagi..
aku tidak mungkin ada lagi teman..
dan sememangnya aku
tidak pernah kau rasakan ada....
ku melangkah perlahan,
pergi membawa diri,
cuba menghindari mu teman..
agar kau tidak melihat..
tangis ku mengalir,
bagai denai lesu..
mengalir dan terus mengalir..
memedihkan segaris luka..
dalam hirisan nya kerna tingkah mu..
Tika waktu luka menghampiri,
ku susun perjalanan,
tanpa jejak untuk kau kesan,
cuba menjauhi mu teman..
agar kau tidak merasa..
terkilan nya aku..
bagai bahang tersekat..
membakar lena ku..
mendebu semua khayalku..
dalam sendu..ku bawa pergi..
hati ku..dan kini jiwa ku tiada lagi..
aku tidak mungkin ada lagi teman..
dan sememangnya aku
tidak pernah kau rasakan ada....
Sunday, 11 November 2012
Kau yang ku dambakan...
Tiba-tiba hati ku terasa kosong..minda ku kosong..jiwa ku kosong tanpa kehadiran insan-insan yang ku sayang...Semua bagai telah pergi meninggalkan aku. Apa lagi yang tinggal..??? Aku tak punya apa-apa..cuma aku ada rasa cinta yang ikhlas untuk ku berikan padanya..sesukar itu kah untuk dia memahami..? Aku tidak lemah tanpa cinta, tapi aku tak mampu sendiri tanpanya..Mengapa kehadirannya bagai bayu lembut berlalu...menampar lembut ke wajah ku dengan rasa amat nyaman...mengusap rerambut ku lembut dengan kasih sayang dan rindu...namun kini, aku terpaksa merelakan diri mu pergi daripada diri ini..aku tidak ingin kan perpisahan ini sayang..biarlah ku tunggu dalam satu penantian yang amat menyesakkan ku..usah kau sekat keinginan ini sayang...aku akan sentiasa bersama mu dalam doa..dalam kejauhan dan tetap rela menanti kepulangan mu ke sisi ku...
Saturday, 10 November 2012
Apa itu Cinta?
Apa jaminan masa yang panjang untuk mengenal sebuah cinta??? Cinta yang terbina berbulan malah bertahun sekalipun tiada guna jika kata hati dan tingkah jiwa tidak difahami...adakah selayak itu kita sebutkan, "Aku Cinta Padamu"...sedang kita tidak berani berkongsi suka duka pahit manis orang yang kita cintai..adakah kita layak digelar sang rajuna kasih..atau..sang bidadari cinta...????
Namun..hebat mana cinta kita..luas mana cinta kita..besar mana cinta kita..tinggi mana cinta kita..tidak akan sama dengan cinta Allah Taala pada hambaNya.. Kita sentiasa melakukan perkara mungkar..selalu terlupa mengingatiNya Allah yg Esa..selalu kurang bersyukur pada pemberianNya..tapi..Allah tetap ada tika kita suka dan duka...Allah sedia mendengar apa sahaja rintihan kita..Allah tidak pernah berpaling meninggalkan kita...Subhanauallah...Maha Suci Allah yg Satu..
Jika cinta pada insan yang kita hilang..Cinta Allah sentiasa ada untuk kita. Redha...terimalah Qada dan Qadar itu..Akan ada pengakhir sebuah cerita dalam kehidupan yang kita jalani..Biarpun sepi di sekeliling..suram masa berlalu..itu hanya zahir.. Temani diri dengan zikrullah..isi hati yang sepi dengan kalimah Allah..penuhi masa dengan selawat ke atas Rasulullah junjungan kita..InsyaAllah..diri kita akan lebih tenang..menerima Qada dan Qadar Allah..berlapang dada dengan apa adanya..kurniaan Allah adalah sepadan dengan apa jua khidmat kita padaNya.. WALLAHUALAM...
Namun..hebat mana cinta kita..luas mana cinta kita..besar mana cinta kita..tinggi mana cinta kita..tidak akan sama dengan cinta Allah Taala pada hambaNya.. Kita sentiasa melakukan perkara mungkar..selalu terlupa mengingatiNya Allah yg Esa..selalu kurang bersyukur pada pemberianNya..tapi..Allah tetap ada tika kita suka dan duka...Allah sedia mendengar apa sahaja rintihan kita..Allah tidak pernah berpaling meninggalkan kita...Subhanauallah...Maha Suci Allah yg Satu..
Jika cinta pada insan yang kita hilang..Cinta Allah sentiasa ada untuk kita. Redha...terimalah Qada dan Qadar itu..Akan ada pengakhir sebuah cerita dalam kehidupan yang kita jalani..Biarpun sepi di sekeliling..suram masa berlalu..itu hanya zahir.. Temani diri dengan zikrullah..isi hati yang sepi dengan kalimah Allah..penuhi masa dengan selawat ke atas Rasulullah junjungan kita..InsyaAllah..diri kita akan lebih tenang..menerima Qada dan Qadar Allah..berlapang dada dengan apa adanya..kurniaan Allah adalah sepadan dengan apa jua khidmat kita padaNya.. WALLAHUALAM...
Thursday, 25 October 2012
Kau Sumber Inspirasiku..
Entah dari mana..Ku rasa kekuatan ini datang. Dulu, aku harungi hidup ini..suka dan duka ku sendirian..kadang dalam hati menangis...meratap pedih oleh dugaan hidup yang bersilih ganti, bagai tiada henti...namun nyata Allah masih menyayangi ku. Dipertemukan aku dengan mu..yang menjadi penguat semangat..kadang hanya sebagai teman penglipur lara....Aku bahagia mengenalimu..suatu ungkapan rasa yang tidak mampu aku luahkan..aku amat sayang pada mu....Kau sumber inspirasiku....
Sunyi Seorang Perindu
Sunyi ini..
mengurung kasih ku pada satu ruang
dalam jiwa yang merindui..
dalam rasa yang amat mengasihi
membungkam seribu sayang
tidak terucap di bibir
Sunyi ini..
menemani cinta ku pada satu sudut
dalam hati yang menyayangi
dalam minda yang mengingati
menyimpan sejuta harap
tidak terungkap pada bicara
mengurung kasih ku pada satu ruang
dalam jiwa yang merindui..
dalam rasa yang amat mengasihi
membungkam seribu sayang
tidak terucap di bibir
Sunyi ini..
menemani cinta ku pada satu sudut
dalam hati yang menyayangi
dalam minda yang mengingati
menyimpan sejuta harap
tidak terungkap pada bicara
Tuesday, 25 September 2012
Sayang..Aku Sayang Pada Mu
Sayang...aku sayang pada mu,
tika hari-hari ku berlalu sepi..
aku mengimbas memori kita...
kenangan terindah yg kita cipta bersama..
tidak mungkin terhapus oleh hari yang mendatang..
Sayang...aku sayang pada mu,
dalam sekelumit rasa yang paling halus...
sanubari ku menghela nafas cinta mu..
menjadikan rindu ini semakin dalam..
di persada hati..rindu itu karam...
tika hari-hari ku berlalu sepi..
aku mengimbas memori kita...
kenangan terindah yg kita cipta bersama..
tidak mungkin terhapus oleh hari yang mendatang..
Sayang...aku sayang pada mu,
dalam sekelumit rasa yang paling halus...
sanubari ku menghela nafas cinta mu..
menjadikan rindu ini semakin dalam..
di persada hati..rindu itu karam...
Wednesday, 19 September 2012
Sepi
Orang kata,"Sepi itu indah.." Benarkah??? Seindah mana??? Sebahagia mana??? Hidup tanpa kawan-kawan dan sahabat memang boleh...ada orang boleh ke sana ke sini, tanpa kawan dan sahabat...tinggal dalam dunianya yang tersendiri...boleh melihat gelagat orang tanpa reaksi..pandangan kosong..tidak berdetik sedikit pun ""sepi" daripada fikirannya...tidak terlontar pun "sunyi" daripada bibirnya...
Tapi....dalam hati??? Sebenarnya ada "SEPI" yang paling dalam...
Hidup biarlah hati kita berteman...usah dibiar "SEPI" membunuh semua rasa cinta dan kasih sayang sesama kita.....
Tapi....dalam hati??? Sebenarnya ada "SEPI" yang paling dalam...
Hidup biarlah hati kita berteman...usah dibiar "SEPI" membunuh semua rasa cinta dan kasih sayang sesama kita.....
Puisi: Diam
Usah disebut sepatah kata..
Usah dilafas sepotong ayat..
Usah diucap serangkap bahasa..
Andai..
Kata...
Ayat...
Bahasa...
Akan menguris hati sesama kita....
Diam...tanpa kata, ayat dan ucap...
Subscribe to:
Posts (Atom)